Rabu, 27 Januari 2010

BerukBapak

BerukBapak adalah beruk jantan dominan. Tubuhnya besar; sebesar nafsunya. Sering berpura-pura baik walaupun hakikatnya BerukBapak adalah beruk jantan paling kejam, ganas, panas baran, keji, ujub dan entah apa lagi perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya. BerukBapak sering bertenggek di atas banir besar sambil matanya tidak lepas-lepas memandang keadaan sekeliling. Bulu BerukBapak semakin perang tetapi bersih. Bersih kerana sebagai dominan, dia akan didandan oleh BerukJantan, BerukBetina, BerukCeredong; atau BerukCacai yang tidak pernah serik membodek. BerukBapak akan depang tangan dan kaki, ketika itu dia mahu didandan. Kutu,ketumbit, bulu-bulu serabut akan dibersih, dicabut dan dibuang.

BerukBapak banyak bini. Tua, muda, kecil, besar, gelap, cerah, renjong, pendek, rongak; habis dia bedal. Nafsu BerukBapak memang kuat. Tongkat Ali, Tunjuk Langit, Sengkuang Hutan adalah rahsianya. Jadi kerja BerukBapak, tiada lain - seks dan seks! Makan diberi. Badan didandan; jadi BerukBapak memang bapak beruk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan