Isnin, 8 Mac 2010

Kematian...

BapakBeruk perhati dengan rasa sedih. Tiga ekor anak buahnya tersidai di wayar pagar. Kering dan hampir rentung. Bau daging bakar amat menyedihkan. Masih ada asap nipis yang keluar dari tubuh yang sudah keras. BapakBeruk cuba menjolok tubuh yang tersangkut di pagar. Dengan penuh hati-hati dan dia tersentak. Satu renjatan kuat menggigit bawah lengannya. Kini baru dia sedar ada sesuatu yang menjadikan pagar itu berhantu. Sudah banyak nyawa yang melayang. Tadi ketika tergocoh-gocoh melewati sepanjang pagar itu, dia sudah nampak mayat-mayat yang lain. Ular, biawak, katak, anjing. Semua kering kontang seperti mati di padang pasir.

"Naikkan papan tanda. Jangan benarkan sesiapa saja mendekati pagar ini. Berhantu!" BapakBeruk memberi arahan. Dia sudah tidak rela kehilangan anak buah lagi. Emapayr itu boleh runtuh jika setiap hari ada yang mati.

" Sabar bapak..."

Suatu suara lembut menggoda singgah di telinganya. BapakBeruk segera berpaling. BerukBetina tersenyum manja ke arahnya.

"Tina?"

"Emm..."

"Anak buah kita semakin kurang..."

" Kita boleh tambah!"

" Aku sudah tua. Kau juga sudah tua. Kita sama-sama tua!"

"AKu akan carikan yang lebih muda untuk kau!"

"Betul Tina?"

Rupa-rupanya kematian itu membawa berita gembira. BerukBetina mahu mencari pengganti dan BapakBeruk tersenyum dalam hati. Dia sudah angan-angan. Beruk dara mana yang akan berada di sisinya selepas ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan